26
Apr

Kekalkan Reka Bentuk Tekstil Tradisional – Rosmah

   Ditulis oleh: Admin   Kategori: Keratan Akhbar

Akhbar : Utusan Malaysia

ROSMAH Mansor menurunkan tandatangan ketika merasmikan Muzium Tekstil Negara sambil disaksikan Rais Yatim (kiri) dan isteri, Datin Seri Masnah Rais (dua dari kanan) serta Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail, di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 17 April – Para pengusaha tekstil disaran mengekalkan ciri dan reka bentuk dalam setiap ciptaan mereka yang diwarisi sejak turun-temurun sebagai lambang jati diri budaya dan bangsa.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, perkara itu boleh dilakukan dengan menjadikan artifak-artifak di Muzium Tekstil Negara sebagai bahan rujukan menghasilkan tekstil berasaskan motif dan reka bentuk warisan yang tinggi nilainya.
Baca selanjutnya… »

Akhbar : Sinar Harian
Tarikh : 15 April 2012

KUALA LUMPUR – Naskhah asli Perlembagaan Persekutuan adalah antara bahan yang dipamerkan dalam Pameran Raja Kita yang diadakan buat julung kalinya di Istana Negara lama sempena pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Naskhah itu, yang dipamerkan buat pertama kali kepada umum, dan beberapa bahan dan alat kebesaran diraja adalah antara yang dipamerkan.
Baca selanjutnya… »

16
Apr

Pameran Raja Kita

   Ditulis oleh: Admin   Kategori: Umum

20
Mar

Nostalgia 100 Tahun

   Ditulis oleh: Admin   Kategori: Keratan Akhbar

Oleh : Intan Mas Ayu Shahimi
Akhbar : Harian Metro

KUALA LUMPUR: Sempena meraikan sambutan 100 tahun Nestle, syarikat pengeluar makanan dan minuman terkemuka itu mengambil inisiatif mempamerkan koleksi sejarah seabad jenama berkenaan di Malaysia menerusi Pameran 100 Tahun Nestle yang dilancarkan di Muzium Negara, semalam.

Pameran sejarah perjalanan Nestle itu berlangsung dua bulan hingga 15 Mei depan.

Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Peter R Vogt berkata, pihaknya berbangga dengan sokongan dan sambutan pengguna terhadap produk keluaran syarikatnya.
Baca selanjutnya… »

20
Mar

Kesenian Pintu Gerbang dan Simbol Tamadun

   Ditulis oleh: Admin   Kategori: Keratan Akhbar

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Gambar:DJOHAN SHAHRIN SHAH
Akhbar:Utusan Malaysia

SEBANYAK 13 koleksi pintu gerbang menjadi daya tarikan terbaru kepada pengunjung pada Pameran Pintu Gerbang di Muzium Negara Kuala Lumpur.

BUKAN gayanya yang menarik perhatian. Tetapi pandangan matanya yang begitu fokus dan tumpuan yang diberikan wanita Mat Salleh ini terhadap apa ynag saksikannya menarik perhatian.

“Saya kagum, hasil seninya sangat indah, ini bukan sebarang ukiran,” ujar Veta Shapkina, 30, berasal dari Moscow Rusia dalam bahasa Inggeris yang fasih.

Sambil mengusap-usap kehalusan sebidang besar ukiran kayu bertinta emas, Veta tidak ragu-ragu menyatakan bahawa mungkin dia akan memilih Malaysia sebagai negara baru untuk didiami jika benarlah negara ini begitu kaya dengan hasil seni yang sebegini indah.
Baca selanjutnya… »

Laman 1 dari 3812345102030...Last »